PROFIL MRSM Maktab Rendah Sains MARA Kepala Batas

FALSAFAH PENDIDIKAN MARA

Melalui Sektor Pendidikan, MARA akan melahirkan tenaga kerja Bumiputera yang berdaya saing, berketrampilan dan mempunyai pegangan nilai sejagat dan agama yang kukuh, mempunyai kemahiran teknikal, mempunyai orientasi keusahawanan serta berkeupayaan memberi sumbangan kreatif di samping mampu menghasilkan sumbangan nilai yang tinggi untuk menyokong kegiatan usaha niaga konvensional juga dalam bidang-bidang bakal muncul k-ekonomi.

FALSAFAH PENDIDIKAN MRSM

Sistem Pendidikan MRSM adalah satu usaha yang berterusan, dinamik dan saintifik untuk mempertingkatkan kualiti pada diri sendiri, masyarakat, negara dan Tuhan. Kami juga yakin bahawa maktab yang berkualiti dan cemerlang sentiasa peka dan komited kepada usaha-usaha meningkatkan kualiti, produktiviti, kecemerlangan, penyuburan dan pengembangan potensi. kepimpinan dan kreativiti. Sesungguhnya setiap pelajar itu unik, istimewa dan berpotensi tinggi untuk terus maju dalam mencipta kecemerlangan.

VISI MRSM Kepala Batas

Menjadikan MRSM sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia.

MISI MRSM Kepala Batas

Menyediakan pelajar bumiputera yang berpotensi tinggi dalam semua bidang terutamanya bidang sains dan teknologi.

OBJEKTIF OPERASI MRSM Kepala Batas 

  • Memperolehi GPS di bawah 2.0 bagi peperiksaan SPM dan GPS 1.0 bagi peperiksaan PT3.
  • Sekurang-kurangnya 70% daripada pelajar tingkatan 5 dan 80% daripada pelajar tingkatan 3 mendapat TPNG melebihi 3.0 pada akhir pengajian tingkatan 3 dan tingkatan 5. 
  • Semua pelajar yang menamatkan persekolahan di tingkatan 3 dan 5 layak menerima Sijil Graduasi MRSM. 
  • Mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar sama ada daripada aspek pertuturan mahupun penulisan. 
  • Sekurang-kurangnya 5% pelajar yang mengambil bahagian dalam apa-apa pertandingan, boleh menyertai pertandingan-pertandingan di peringkat antarabangsa. 
  • Mencapai sifar kes disiplin.

MOTO

"Nurturing Golden Generation"